Pada awal penubuhannya iaitu pada tahun 1984, Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai, Kuala Pilah, 73100, Negeri Sembilan Darul Khusus terletak dalam Daerah Kuala Pilah. Sekolah ini mempunyai keluasan seluas 10 hektar. Jaraknya dari Bandar Kuala Pilah ialah 25 kilometer, manakala dari Bandar Bahau pula sejauh 8 kilometer .
Tahun 1986 adalah merupakan kali pertama pelajar sekolah ini menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dengan jumlah calon seramai 34 orang pelajar. Sejak penubuhannya pada tahun 1984 sehingga tahun 1993, sekolah ini merupakan Sekolah Menengah Rendah. Pelajar-pelajar akan menyambung pelajaran ke sekolah-sekolah di Bandar Bahau.
Namun pada sesi persekolahan 1993/1994, sekolah ini telah mempunyai Tingkatan Empat. Justeru, pelajar-pelajar yang berjaya dalam SRP akan meneruskan pelajaran mereka di sekolah ini tanpa perlu berpindah ke sekolah lain. Oleh yang demikian, calon sulung Sijil Pelajaran (SPM ) telah lahir pada tahun 1995.
Pada 22 Mac 2004 sekolah ini telah melakar satu lagi sejarah penting apabila dengan rasminya sekolah baru telah diserahkan kepada pentadbiran SMK Jelai. Sekolah ini terletak kira-kira 8 km dari sekolah lama ke Tampin dengan keluasan 25 hektar. Jarak dari Bandar Kuala Pilah ialah sejauh 19 kilometer, manakala dari Bandar Bahau pula ialah 18 kilometer. Pada 7 Mei 2004 sekali lagi sejarah telah dicipta oleh SMK Jelai bila mana pengurusan pendidikan peringkat daerahnya telah berubah dari PPD Jempol kepada PPD Kuala Pilah.



0 comments:
Post a Comment